Luar NegaraSukan

Atlet sumo berusia 10 tahun dengan berat 85 kg

Sukan sumo merupakan salah satu budaya tradisional di Jepun yang mempunyai sejarah lebih 1500 tahun dahulu.

Sumo dikatakan bermula sekitar tahun 712. Pada waktu itu, Sumo adalah satu acara tradisi dalam perayaan penuaian hasil tanaman bagi saban tahun.

Di Tokyo, Kyuta Kumagai yang baru sahaja berusia 10 tahun menjadi antara atlet sumo yang menonjol dalam gelanggang.

Berat badan Kyuta mencecah 85 kg iaitu dua kali lebih besar daripada kanak-kanak lain seusianya dan begitu dominan sehingga dia berjaya mengalahkan kanak-kanak lelaki berusia lima atau enam tahun.

Pada tahun lalu, dia dinobatkan sebagai juara dunia bawah 10 tahun, mengalahkan peserta dari United Kingdom dan Ukraine.

Rutin latihannya diuruskan oleh ayahnya, Taisuke, dirangka penuh dengan latihan yang sangat memenatkan.

Kyuta perlu berlatih enam hari seminggu, sama ada di kelab sumo tempatannya atau melakukan latihan mengangkat beban.

Dia juga berenang dan berlatih trek serta padang untuk meningkatkan fleksibiliti dan kepantasan maksima yang diperlukan untuk gusti sumo.

Kyuta telah mengikuti program ini sejak bapanya memasukkannya ke pertandingan sumo ketika dia masih di peringkat tadika.

Ayahnya, Taisuke, menyatakan bahawa dia tidak perlu mengajar banyak perkara tentang sumo kepada anaknya kerana ia seolah-olah sudah mengalir dalam darahnya.

“Saya tidak mengajarnya apa-apa, dia boleh melakukan pelbagai perkara secara semula jadi”, katanya.

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button