Nasional

MKN beri KDN kuasa serbu kilang

MAJLIS Keselamatan Negara memberikan kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melakukan pemeriksaan dan serbuan ke atas kilang-kilang yang beroperasi bagi memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat MKN hari ini berikutan banyak banyak aduan melibatkan sektor perkilangan yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran untuk menjalankan operasi melibatkan perkhidmatan bukan perlu sepanjang tempoh pelaksanaan.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut maklumat terdapat kilang dikesan melanggar SOP dengan beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus pekerja.

Tambahnya, ada antara pekerja yang memakai gelang kuarantin tetapi diarahkan datang bekerja.

“Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang melanggar SOP dengan melakukan pemeriksaan dan serbuan. Kilang-kilang yang dikenalpasti ini akan dikenakan kompaun termasuk arahan menutup premis serta-merta.

“Mesyuarat MKN hari ini bersetuju bahawa tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ini, termasuk melakukan serbuan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang akan menyelaraskan operasi dengan semua agensi penguatkuasaan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seramai 825 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 810 individu dikompaun manakala 15 lagi direman.

Kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (217), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (151), tidak memakai pelitup muka (137), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (113) dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94).

Turut dikesan membawa penumpang berlebihan (45) aktiviti pusat hiburan (26), premis gagal patuhi arahan (12)
dan lain-lain (30).

Semalam juga merekodkan 17 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam Operasi Benteng kerana cuba memasuki negara secara tidak sah. Pasukan keselamatan turut merampas lima buah kenderaan darat serta sebuah buah bot.-SM

 

 

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button