Nasionalpilihan

Kaut lebih RM1.8 juta hasil penipuan skim pelaburan

CUBA mencari jalan mudah untuk menjana pendapatan, namun tanpa disedari menjadi mangsa kepada sindiket pelaburan palsu yang mengambil kesempatan di atas kesempitan kewangan yang dihadapi ekoran Covid-19.

Sindiket penipuan itu bagaimanapun berjaya dilumpuhkan dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Kedah, Kuala Lumpur dan Johor pada 19 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din berkata, sindiket tersebut bergerak atas nama Skim Pelaburan Banker Capital (BKC) dan Skim Pelaburan Wow Exchange OU.

“Sembilan individu iaitu enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 23 hingga 62 tahun telah ditahan.

“Setakat ini, sembilan kertas siasatan telah dibuka berkait dengan skim pelaburan tersebut yang melibatkan kerugian mencecah lebih RM1.8 juta,” katanya.

Menurut Mohd Kamarudin, sindiket ini mensasarkan warga tempatan sebagai mangsa dan menggunakan dua modus operandi yang berbeza bagi memperdaya mangsa.

Ujarnya, bagi skim BKC, sindiket mempromosikan pelaburan dengan kadar keuntungan di antara 100% hingga 400% daripada jumlah modal yang dilaburkan.

“Pelabur diyakinkan bahawa wang pelaburan mereka akan dilaburkan oleh syarikat BKS ke dalam sektor pelaburan di dalam dan luar negara yang berpotensi menjana keuntungan tinggi.

“Pakej yang ditawarkan bermula daripada pakej ‘Trainee’ yang bernilai serendah RM400 hingga ‘Capilatist’ yang bernilai RM41,000,” katanya.

Jelasnya lagi, skim pelaburan ‘Wow Excgange OU’ didakwa berasaskan matawang kripto di mana sindiket mempromosukan platform mata wang kripto dan e-wallet yang dinamakan sebagai token WOWX.

Katanya, token itu dikatakan berdaftar dan berpusat di Singapura melalui syarikat Wow Globat PTE LTD serta dalam proses mendapatkan lesen dari kerajaan Singapura.

“Pelabur diarahkan untuk membuat bayaran modal pelaburan ke beberapa akaun bank yang diarahkan oleh sindiket namun akhirnya mangsa tidak memperolehi apa-apa pulangan daripada modal yang telah dikeluarkan untuk pelaburan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata, selain tangkapan, pihaknya turut merampas antaranya 13 telefon bimbit, 11 kad bank, 5 buah kereta, wang tunai berjumlah RM9,000, 208,000 Won Korea, 26USD dan 644SGD.

Tambahnya, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Penegahan, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram serta tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button