Nasional

Minyak mentah keluar dari bawah tanah di Port Dickson

PENDUDUK di sekitar Kampung Gelam, Port Dickson kecoh apabila terdapat minyak mentah yang keluar dari bawah tanah.

Pada mulanya mereka menyangka itu mungkin minyak mentah yang keluar dari bumi, tetapi selepas diamati ia dipercayai berpunca daripada paip penyaluran minyak mentah ke pusat penapisan berhampiran pecah.

Malah kesan tumpahan juga dikesan di Jalan Seremban berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam sejak petang semalam.

Minyak yang keluar dari bawah tanah itu telah mengalir ke dalam longkang.

Sehubungan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan telah bertindak mengawalnya supaya tidak mengalir ke laut yang akan menyebabkan pencemaran yang serius.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Online, Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S. Veerapan dalam kenyataan berkata, tumpahan minyak itu telah ditemui orang awam kira-kira pukul 2 petang.

“Sebagai langkah awal, ‘oil boom’ telah dipasang di beberapa lokasi untuk mengawal pencemaran minyak daripada mengalir hingga ke laut.

“Kerja-kerja mengesan lokasi utama pencemaran masih diteruskan dengan dibantu beberapa agensi bertanggungjawab termasuk syarikat-syarikat berkaitan hasil minyak,” katanya. – SM

(Visited 767 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button