Michelle Yeoh milik Malaysia bukan milik Hong Kong!
Baru-baru ini pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi melakar kejayaan di luar negara apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ( Oscars ) namun apa yang menjadi perbulan hangat oleh netizen ada pihak mengatakan asal usul pelakon tersebut dari Hong Kong!
Sehinggakan salah seorang pelakon ternama dari Hong Kong, Chapman To Man Chak terpaksa campur tangan ke atas asal usul rakan seperjuangannya itu malah menegaskan kepada kerajaan Hong Kong bahawa pelakon wania tersebut berasal dari Malaysia dan bukannya berasal dari negara lain.
“Satu peringatan buat kerajaan Hong Kong. Michelle Yeoh adalah rakyat Malaysia, jangan ambil kesempatan dan mendakwa beliau rakyat Hong Kong,” tulisnya dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya.
Dia juga menyifatkan anugerah yang diraih oleh Michelle sangat layak kerana hasil kerja kerasnya yang luar biasa.
“Michelle Yeoh menempa nama di dalam industri perfileman Hong Kong sebelum melebarkan kerjaya seninya di peringkat antarabangsa dengan kerja keras dan bakatnya yang luar biasa.
Untuk maklumat Michelle Yeoh merupakan selebriti anak jati Ipoh, Perak, memulakan kejayaan di luar negara, bermula di layar perak Hong Kong seterusnya beliau dengan berani ke Hollywood untuk meneruskan kerjayanya di pentas dunia.