Politik

Mesyuarat MKT tidak bincang isu besar – Ahmad Zahid

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) malam ini tidak membincangkan mengenai persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, tiada isu besar dibincangkan sebaliknya sekadar mendengar taklimat daripada Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengenai persiapan terakhir menjelang perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

“Kita tidak bincangkan soal PRN di enam negeri sebaliknya mesyuarat MKT malam ini menjadi kelaziman mendengar taklimat persiapan esok dan laporan mengenai persidangan sayap-sayap,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MKT di Menara Dato Onn di sini malam tadi.

Bung Mokhtar Radin.

Sementara itu ahli MKT yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika ditemui pemberita berkata, mesyuarat malam ini tidak langsung menyentuh mengenai pergolakan poltik yang berlaku di Sabah.

Sebaliknya katanya, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggugurkannya daripada kabinet baharu yang dibentuk.

“Malam ini mesyuarat berlangsung singkat dan tidak ada isu besar dibincangkan termasuk hal Sabah sebaliknya lebih kepada persiapan perasmian PAU2022 esok,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button