Hiburan

Meski sudah 56 tahun Ziana Zain buktikan masih berbisa di pentas

SELEPAS 22 tahun penyanyi, Ziana Zain melaksanakan sebuah konsert solo di pentas Mega Star Arena di hadapan peminatnya sekitar 5000 peminat pada Sabtu lalu.

Dengan menyanyikan 22 buah lagu membuktikan walaupun usia penyanyi itu kini sudah 56 tahun namun ia masih semangat dan bertenaga untuk menghiburkan pada semua peminatnya.

 

Ini boleh disaksikan dengan nyanyian ‘karaoke’ berantai mereka untuk setiap lagu malah juga penampilan mereka muncul di konsert  yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama ini.  Konsert ini juga merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse .

Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada tahun 2001.

 

“Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih dengan kehadiran para peminat yang telah menjadi tulang belakang dalam kerjaya saya selama ini. Juga kepada pihak media yang sentiasa membantu saya dalam perjalanan karier dan tidak putus-putus membantu mempromosikan konsert ini,” ujar Ziana Zain.

Konsert Ziana Zain

Selaku pihak penganjur, Anuar Zain bagi pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik bagi menjayakan konsert pada malam ini.

 

Bersama nama-nama hebat dalam industri yang mengembleng tenaga, kreativiti dan antusias dalam konsert ini, pentas meriah ini menyaksikan Aubrey Suwito bertindak sebagai Pengarah Muzik serta pemain piano manakala Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert.

 

Konsert ini juga menyaksikan gandingan hebat pemuzik-pemuzik tanah air seperti Nan Alias (gitar), Wan Gigi (gitar), Gideon (bass), Derrick Siow (dram), Firdaus (keyboard), Steve Thornton (perkusi) serta Mariam, Fazira dan Affan sebagai penyanyi latar.

 

Konsert ini ditambahkan kemeriahan dan kekayaan bunyi dengan kehadiran barisan pemain violin iaitu Brian Larson, Ergys Koni, Mabel Wong, Melanie Ooi, Jacqueline Tan dan Joey Young.  Juga diserikan dengan kehadiran Toko Inomoto (viola), Jonathan Oh (Cello) serta Zachary Suwito selaku protools operator.

 

Dalam durasi 2 jam lebih, penonton-penonton disajikan dengan lagu-lagu seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Berpisah Jua,, Dingin, Kekal Dan Puncak Kasih.

Artikle Berkaitan :>

Mujur tohmahan dengan Ziana Zain, bukan Haziq, Diva – Najib

Ziana Zain geli hati jika dipanggil Datuk

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button