Bencana alamNasional

Melaka turut terkesan gempa bumi di Indonesia

AYER KEROH 25 Feb. – Melaka tidak terkecuali terkesan ekoran gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini.

Situasi panik turut berlaku di beberapa jabatan kerajaan apabila kakitangan dilihat keluar berpusu-pusu daripada pejabat  susulan gegaran tersebut.

Antara pejabat yang terkesan ialah bangunan Seri Negeri di Ayer Keroh, Kampus UiTM Bandar cawangan Melaka Tengah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Ayer Keroh dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bukit Palah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya menerima sebanyak tujuh laporan berhubung kejadian gegaran bangunan.

Menurutnya, tujuh laporan diterima membabitkan dua bangunan bertingkat di daerah Jasin serta lima di daerah Melaka Tengah.

“Lima balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh, BBP Padang Temu, BBP Bukit Katil dan BBP Jasin Bestari telah membuat pemantauan di tempat kejadian,” kata kenyataan itu lagi.

Turut terkesan ialah dua bangunan di daerah Jasin melibatkan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan Projek Perumahan Rakyat (PPR Tehel).

Menurut kenyataan itu lagi, bagaimanapun kesan gempa bumi itu tidak melibatkan kecederaan atau keretakan bangunan.

Selain tujuh bangunan itu, gegaran kecil berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan lain sekitar negeri Melaka dan beberapa pihak pengurusan turut mengeluarkan langkah berjaga-jaga kepada penduduk untuk meninggalkan kediaman menggunakan tangga sekiranya gegaran kembali berlaku.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera Indonesia pada pukul 9.39 pagi ini turut dirasakan di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke MalaysiaGempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada jarak 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dan kedalamannya sebanyak 10 km itu bagaimanapun tidak memberikan amaran tsunami kepada Malaysia. -SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button