Nasional

SKMM dan syarikat telekomunikasi bakal bincang isu 5G

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (telko) akan bermesyuarat pada Isnin berikutan keputusan Kabinet untuk melaksanakan rangkaian dwi 5G sebaik sahaja pelancaran semasa di bawah Digital Nasional Berhad mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau akan menjelaskan keputusan kerajaan berhubung perkara itu, yang akan melibatkan beberapa entiti dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama membina menara telekomunikasi yang mencukupi bagi memastikan terdapat lebih daripada satu rangkaian tersedia selepas sasaran liputan 5G di bawah rangkaian tunggal itu dicapai.

“Ini bagi memastikan jika ada masalah dengan satu rangkaian, masih ada sandaran,” katanya kepada pemberita pada majlis Raya + Influencer 2023 di Muzium Telekom.

Fahmi berkata rancangan itu diharap dapat mengutamakan hak rakyat dan pada masa sama menyelesaikan isu monopoli.

Mengenai liputan 4G, Fahmi berkata, walaupun sudah mencecah 96.92 peratus, keadaan itu masih belum ideal kerana angka itu hanya agregat atau peratusan komposit liputan semua syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata ini sering menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan dua kad sim atau lebih daripada satu pembekal perkhidmatan.

“Sebagai contoh, apabila mereka pulang ke kampung halaman, tiada liputan untuk Telco A, dan seterusnya pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk Telco B. Saya telah mengarahkan agar perkara ini diselesaikan mulai Jun,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu perjudian dalam talian dan iklan palsu di media sosial, Fahmi berkata SKMM akan bertemu dengan Meta Platforms Inc (Meta), pemilik Facebook dan Instagram, untuk cuba memahami mengapa mereka lambat mengesan penipuan ini.

Beliau berkata pengerusi SKMM telah diarahkan memanggil Meta berhubung perkara itu dan berpendapat adalah wajar syarikat itu menubuhkan pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan pemantauan perkhidmatan mereka. – SM

Artikel berkaitan > Kerajaan akan diperkenalkan rangkaian kedua 5G awal tahun depan

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button