Hiburan

Mawi ajak orang Masjid menonton filem Zim Zim Ala Kazim 

KISAH pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias berdepan penyakit misteri atau disihir sebelum ini telah mendapat liputan yang luas sehinggalah tercetus idea dari penyanyi Mawi untuk diangkat menjadi sebuah filem ‘’Zim Zim Ala Kazim’’.

Diterbitkan oleh Mawi World dan menampilkan ustaz Kazim Elias sudah tentu sebagai peneraju utama dalam filem ini, berkonsepkan komedi seram.

Mawi yang merupakan penerbit dan pengarah filem, jalan cerita ini memaparkan kira-kira 70 hingga 80 peratus kisah benar yang dipaparkan, malah kesemua babak filem ini diluluskan oleh Lembaga Finas.

Barisan pelakon filem Zim Zim Ala Kazim

“Kami berjumpa dan beliau berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu. Saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau.

“Syarat paling utama, Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan, namun beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya. Memang agak terkejut namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” katanya pada Astro Gempak. 

Tambahnya juga, dia juga mengajak orang masjid menonton filem ini dan cuba untuk mengubah persepsi jemaah masjid filem bukan sekadar hiburan.

‘’Mungkin boleh satu trend baru di mana orang masjid pergi wayang, saya juga bercampur dengan orang masjid, ada orang berpendapat pergi wayang ini satu dosa besar namun saya tidak orang seperti itu.

‘’Cabaran ini nak mengajak orang-orang geng surau dan masjid ‘eh jom lah kita lepak wayang tengok filem ustaz Kazim’, sekurang-kurangnya bila orang tengok ustaz Kazim pun berlakon dalam wayang oh tak dosa lah ni, itu merupakan cabaran’’. Jelasnya pada sesi sidang media yang berlangsung di GSC Star Malll Damansara baru-baru ini.

Zim Zim Ala Kazim berkisarkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal.

 

Filem kedua arahan Mawi itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.

 

Dalam satu misi pencarian, mereka telah menemukan sesuatu yang pelik dan mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim di dalam keadaan bahaya.

 

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim.

 

Filem itu turut menampilkan Ustaz Kazim sebagai ‘hero’ dan Mawi manakala penggambaran dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah penceramah itu sendiri di Kampung Manjoi, Perak.

 

Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024.

Artikle Berkaitan :>

Tujuan Sihir Katak Puru Ke Atas Ustaz Kazim Elias Didedahkan!

Melalui kelengkapan Set Jenazah ini keluarga sudah boleh uruskan sendiri ‘si mati’

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button