Agama

Melalui kelengkapan Set Jenazah ini keluarga sudah boleh uruskan sendiri ‘si mati’

PENDAKWAH bebas, Datuk Kazim Elias menasihati orang ramai bahawa kematian seseorang itu perlu di muliakan dan harus diuruskan dengan secepat mungkin oleh waris terdekat.

Ia sudah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dan ilmu fardu kifayah dalam tanggungjawab sebagai orang islam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kasim itu katanya, persepsi masyarakat melayu masih kurang terhadap pengurusan mayat oleh itu dia dilantik menjadi juru cakap bagi produk kelengkapan jenazah keluaran KAF digital.

Dari kiri: Pengarah KAF Digital Media, Anas Abd Rahman, Khairul Manaf, duta set pengurusan jenazah KAF, Ustaz Kazim Elias, Ketua Pegawai Eksekutif KAF , Khairul Sani dan pengarah KAF Ahmad Fawzan

 

‘’Saya terlibat dengan mandi jenazah ini berpuluh tahun zaman dulu menakutkan, selagi dia (pengurusan jenazah) tidak datang untuk uruskan jenazah tiada siapa yang berani buat sebab kena jahit dahulu sarung tangan , macam cotton but kena buat sendiri jadi nak tunggu lambat.

‘’Namun sekarang dalam sudah dalam satu set segala kelengkapan mudah untuk uruskan jenazah sebab itu set ini perlu ada di Satu Rumah Satu Keperluan’’. Jelasnya dalam pelancaran produk berlangsung di Bangi semalam.

Harapanya juga, agar semua umat Islam dapat di didik dapat menguruskan jenazah keluarganya meskipun di mana-mana.

Set kelengkapan keluaran KAF Digital Media

‘’Harapan sahaja tidak cukup perlu ada kesinambungan, tugas KAF selepas ini bawa kempen satu Malaysia, sekolah, persatuan, masjid atau surau buat kempen mengedaliakan jenazah percuma.

Keluaran Set Kain Kafan edisi Datuk Kazim Elias: Satu Rumah Satu keperluan itu didatangi  lengkap dengan 22 jenis item antaranya, jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.

Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara talian di www.kafanmalaysia.com
KAF juga turut mengumumkan cabutan bertuah bagi setiap pembelian dengan menawarkan hadiah berupa pakej umrah bernilai RM8690 dan 5 keping emas Alif seberat 1 gram yang bernilai RM3000.

Artikle Berkaitan :>

Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan

Tujuan Sihir Katak Puru Ke Atas Ustaz Kazim Elias Didedahkan!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button