Nasionalpilihan

Bekas Setiausaha Politik Hamzah didakwa terima rasuah RM350,000

BEKAS Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 pada empat tahun lalu.
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Berdasarkan pertuduhan dia didakwa menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan alat baiki untuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM381 juta, di sebuah pejabat Yayasan di Solaria di sini pada 2020 lalu.
Dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button