NasionalParlimen

Mavcom tetapkan KPI ketepatan masa syarikat penerbangan tempatan

Malaysia Airlines dan AirAsia menunjukkan prestasi paling buruk ketepatan masa penerbangan domestik

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang dalam proses menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi syarikat penerbangan tempatan untuk mengukur prestasi ketepatan masanya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Badan kawal selia industri penerbangan itu juga sedang mengkaji menetapkan peratusan pembatalan penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Mavcom dalam proses menentukan taraf prestasi bagi Pencapaian Ketepatan dan Kadar Pembatalan Penerbangan bagi syarikat penerbangan Malaysia.

“Proses ini dianggarkan akan selesai pada suku pertama 2024,” kata Loke pada Waktu Pertanyaan Menteri.

Loke turut mendedahkan Malaysia Airlines dan AirAsia menunjukkan prestasi paling buruk dari segi prestasi ketepatan masa bagi penerbangan domestik pada suku ketiga 2023, kedua-duanya pada 74%.

Prestasi ketepatan masa ditakrifkan sebagai ketibaan pesawat di pintu masuk dalam tempoh 15 minit daripada masa ketibaan yang dijadualkan. Prestasi ini diukur dengan pelepasan penerbangan tepat pada masanya.

SKS Airways mencatatkan prestasi terbaik dari segi ketepatan masa bagi penerbangan domestik (95%), diikuti MASwings (93%), Batik Air Malaysia (82%) dan FireFly (77%). – SM

BACA Datuk Pahamin Rajab bekas KP JPJ, Pengerusi AirAsia yang ku kenali

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button