Politik

Marina Ibrahim Dari DAP Menang ‘Media Sosial’ Tewaskan Calon PN & BN!

Berbaki beberapa lagi, calon-calon parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin agresif menjalankan sesi menyantuni pengundi.

Selain menyantuni pengundi, media sosial calon-calon juga mendapat perhatian para pengundi yang tidak sempat berjumpa secara berdepan.

Berdasarkan risikan Suara Merdeka, media sosial calon-calon PRN di DUN N48 Skudai juga memberikan saingan yang cukup sengit kerana ada ‘orang lama’.

‘Orang lama’ yang dimaksudkan adalah Marina Ibrahim, 33, yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Publisiti bagi Wanita DAP.

Meninjau ke media sosial masing-masing, Marina Ibrahim memiliki pengikut seramai 55,478 orang (setakat artikel ini ditulis) termasuk pengikut tegar dan juga fake account.

Fake account seperti biasalah, menunggu posting-posting daripada Marina dan seterusnya menunggu peluang untuk membuat provokasi dan meningkat enggagement.

Manakala dua calon lain lagi seperti Khoo Peter yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mendapat tempat kedua dengan pengikut seramai 756 orang dan Lim Soon Hai daripada Barisan Nasional (BN) hanya ada pengikut seramai 269 orang sahaja.

Ada suara-suara melaungkan jumlah pengikut dalam media sosial tidak menentukan undi di lapangan namun untuk menarik perhatian peratusan penggundi muda yang ‘tiada masa’, media sosial adalah kunci utamanya.

Untuk pertandingan secara media sosial, harus diakui bahawa ia sudah pun dimenangi Marina Ibrahim sebelum terbubarnya DUN Johor pada Februari lalu.

BACA JUGA:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button