Nasional

Malaysia-Singapura tanda tangan MoU kerjasama bawa Perjanjian Paris

Malaysia dan Singapura telah menubuhkan kerjasama dalam perubahan iklim melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pendekatan kerjasama di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia,Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong pada 6 Januari 2025.

Kedua-dua menteri kemudian melakukan pertukaran MoU semasa di The 11th Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat pada 7 Januari 2025 dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Melalui MoU tersebut, kedua-dua negara berhasrat untuk membangunkan perjanjian dua hala mengenai perkongsian kredit karbon di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris dan pelaksanaan kerjasama berterusan dalam memacu pertumbuhan lestari dan perlindungan alam sekitar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button