Bola SepakSukan

Malaysia mengejutkan Turkmenistan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023

TIGA gol pada separuh masa pertama dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 membuktikan bahawa skuad kendalian Kim Pan-gon memang benar-benar ingin layak ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun hadapan (2023).

Kemenangan pertama dalam kumpulan E mengatasi Turkmenistan sangat penting untuk Malaysia membuka ruang lebih cerah untuk layak merit selaku juara kumpulan apatah lagi ketika ini Malaysia berada di prestasi terbaik.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia memulakan perlawanan dengan ‘high intensity’ dalam usaha mencari gol awal dan memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Usaha itu membuahkan hasil apabila Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 apabila Muhammad Safawi Rasid bijak memanfaatkan kekalutan di kawasan lawan untuk meletakkan Malaysia di hadapan.


Tidak cukup dengan satu jaringan, Malaysia tidak menunggu lama apabila Muhammad Faisal Abdul Halim berjaya mengandakan jaringan pada minit ke-15 setelah berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan Turkmenistan.

Malaysia seperti tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Harimau Malaya terus mempertingkatkan rentak serangan dan mencipta beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyudahkannya.

Gandingan Faisal Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi ternyata telah memberi masalah apabila gerakan mereka sering kali kucar-kacirkan pertahanan lawan.

Skuad Malaysia menggunakan kelebihan sepenuhnya bermain di halaman sendiri apabila menguasai sebahagian besar perlawanan pada separuh masa pertama.

Dengan sorakan penyokong terutama daripada Ultras Malaya, ia telah memberi kelebihan dan semangat tambahan untuk para pemain.

Dalam serangan bertali arus oleh pemain Malaysia dan Turkmenistan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 38 hasil jaringan Altymyrat Annadurdyyev.

Sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, bermula serangan balas dan gerakan cantik dari bawah oleh La’vere Corbin-Ong berjaya mengukuhkan kedudukan Malaysia apabila gerakan solo beliau telah berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Malaysia.

Bermula babak kedua, permainan Malaysia sedikit kendur dan tidak laju seperti mana separuh masa pertama dan ia telah memberi peluang kepada Turkmenistan untuk mengatur serangan dalam usaha mencari gol untuk merapatkan kedudukan.

Mendahului 3-1 seperti membuat Malaysia seperti selesa menyebabkan beberapa kesilapan mudah daripada barisan pemain hingga hampir dihukum oleh pemain Turkmenistan.

Turkmenistan seperti mendapat rentak dalam separuh masa kedua namun barisan pemain berjaya bertahan dengan cemerlang.

Dengan kemenangan ini, ia memberi semangat untuk para pemain memburu kemenangan dalam perlawanan kedua menentang Bahrain pada 11 Jun 2022 ini. Dalam perlawanan akan datang kehadiran penyokong dijangka akan bertambah lebih ramai berbanding semalam.

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button