fbpx
Politik
Trending

Malaysia aman kalau Anwar, Tun M bersara

POLEMIK politik yang dihadapi negara sekarang mungkin boleh menemui titik noktahnya dan Malaysia mungkin kembali ‘aman’ apabila Anwar dan Dr. Mahathir bersara.

Malah, ‘pemergian’ mereka dari dunia politik itu disifatkan mampu memberi jaminan kepada masa hadapan yang lebih baik.

BACA > Kes COVID-19 kedai gunting rambut di Setapak: Tutup premis jika sah positif — Suara Merdeka

Hal tersebut dinyatakan Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Md. Nor yang melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sering ‘bercakaran’.

Menurutnya, persengketaan ini berlangsung terlalu lama sehingga mengheret rakyat ke kancah politik yang tidak menyenangkan.

“Lebih 20 tahun pelbagai masalah timbul angkara dua pemimpin ini. Sepatutnya mereka tiada lagi dalam lanskap politik negara.


“Kini lebih baik dan sudah tiba masanya Malaysia dipimpin oleh pemimpin generasi seterusnya,” katanya lapor portal Harakahdaily hari ini.

BACA > Bursa Malaysia dibuka rendah — Suara Merdeka

Malah, Mohammad Sanusi juga memberi keyakinan terhadap pengakhiran kemelut dua pemimpin itu jika mereka bersara.

“Saya yakin dengan ketiadaan dua tokoh ini, politik negara akan menjadi bertambah baik dan aman,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tiada sebab pemerintahan sekarang perlu dikembalikan kepada Pakatan Harapan (PH) atau PH Plus.

BACA > COVID-19: WHO bimbang peningkatan kes di benua Afrika — Suara Merdeka

Katanya lagi, rakyat menerima dan mendapat manfaat daripada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional terutama dalam menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19). – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button