Negeri

MAIPs salur RM200,000 bantu 141 mangsa ribut baiki kediaman terjejas

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan RM200,000 di bawah Bantuan Bencana kepada 141 mangsa ribut di Perlis.

Bantuan berkenaan disalurkan secara berfasa kepada semua penerima di mana setiap mangsa terjejas menerima antara RM400 hingga RM5,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, jumlah bantuan berdasarkan kerosakan yang ditanggung setiap mangsa melibatkan bumbung yang
diterbangkan angin atau melibatkan struktur rumah.

Dalam penyaluran bantuan berkenaan, MAIPs bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyelaras
semua bantuan yang diperlukan mangsa ribut.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyalurkan bantuan tambahan selain yang telah disalurkan MAIPs sekiranya jumlah kerosakan melebihi had ditetapkan MAIPs bagi setiap penerima.

Beliau menyatakannya pada Majlis Penyampaian Bantuan Ribut kepada 60 mangsa ribut di Masjid Al-A’la Behor Temak, Kangar, pagi tadi.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku
Yang DiPertua MAIPs.

Sumber : RTM.

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button