Auto TravelTravel

Ketahui hak pampasan jika penerbangan anda ditunda

JIKA penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, pelanggan berhak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan yang berkenaan.

Ia adalah bagi membantu pelanggan meneruskan perjalanan atau perancangan ke tempat yang ingin dituju.

Hak pampasan juga tertakluk kepada beberapa faktor. Ia juga bergantung kepada punca penundaan dan pembatalan berdasarkan perkara yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

  • Penerbangan ditunda 2jam atau lebih

Hak Pampasan: Makanan, panggillan telefon dan akses internet

 

  • Penerbangan ditunda 5jam atau lebih

Hak Pampasan: Penginapan hotel dan pengangkutan

 

  • Penerbangan dibatalkan

Hak Pampasan: Pembayaran balik secara penuh atau penerbang alternatif.

 

Pengecualian pampasan hanya berlaku ketika keadaan yang tidak dijangka oleh syarikat penerbangan seperti risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Pelanggan hendaklah membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari MAVCOM.

Selamat Mengembara.

Kredit: JomVentures

 

 

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button