NasionalNegeri

MAIPs memperuntukkan RM505,000 pengurusan 101 masjid di Perlis

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan bantuan berjumlah RM505,000 bagi tujuan pengurusan di 101 buah masjid di seluruh Negeri Perlis bagi tahun 2023 ini.

Simbolik penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit.

Tuanku Syed Faizuddin menyaksikan penyerahan simbolik RM505,000 yang disampaikan oleh Mohd Nazim (kanan) kepada imam Masjid Al-Ghuftran, Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pemangku Raja merangkap Yang DiPertua MAIPs usai majlis tersebut bertitah agar seluruh pengurusan masjid sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan hendaklah relevan dan berimpak kepada masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbual sesuatu dengan imam Masjid Al-Ghuftran, Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, sebagai kumpulan yang dipertanggungjawabkan di peringkat kariah, kepimpinan jawatankuasa masjid diberikan mandat untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan, ilmiah dan kemasyarakatan selari dengan dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MAIPs.

Dalam hubungan ini, Mohd Nazim pula menambah bahawa MAIPs sentiasa memberikan kepercayaan kepada semua pengurusan masjid di seluruh Perlis untuk sentiasa membantu MAIPs dalam memastikan agenda peningkatan syiar Islam sentiasa diterapkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan berjemaah dengan anak kariah Masjid Al-Ghuftran, Batu Dua Lama Jalan Kaki Bukit.

 

“Usaha menerapkan ketakwaan di kalangan umat Islam telah dijadikan sebahagian tanggungjawab jawatankuasa kariah masjid seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Perlis 1990,” jelas beliau. – SM

BACA Pendakwah, Pengurus Masjid agen perpaduan ummah – Raja Muda Perlis

BACA Peranan masjid sangat signifikan pada kekuatan umat Islam – Raja Muda Perlis

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button