Agama

Pendakwah, Pengurus Masjid agen perpaduan ummah – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manitahkan agar para pendakwah dan pengurus masjid di negeri Perlis hendaklah sentiasa menjalankan fungsi dan peranan sebagai agen perpaduan ummah dengan penuh bertanggungjawab.

Titah baginda, keutamaan untuk menjaga perpaduan berdasarkan prinsip kebenaran hendaklah sentiasa dihayati serta menjadi nadi dalam sebarang gerakerja yang dilaksanakan.

“Sebagai contoh, sesuatu penyampaian yang ingin dikongsikan kepada masyarakat hendaklah memanfaatkan dan positif serta konstruktif membina minda disamping dipastikan terlebih dahulu akan fakta serta kesahihan kebenarannya, apatahlagi sekiranya ia boleh membawa kepada bibit perpecahan, maka eloklah dielakkan sama sekali”.

Demikian titah baginda menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Salehuddin Al Ayubi, Pdg Besar (U) baru-baru ini. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang yang diagihkan melalui amilnya Azemi Mat Saman.

Jelas Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, ‘Atas maksud itu, MAIPs melalui Pelan Strategik 2021-2025 telah mensasarkan peranan Jawatankuasa Kariah Masjid termasuk para pendakwah agar bersama MAIPs dalam merealisasikan segala hasrat dan cita-cita ke arah “Mengukuh Qiadah, Mengislah Ummah”.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang hadir sama mengiringi Tuanku Raja Muda menerangkan bahawa pihak MAIPs mengagihkan ‘Bantuan Khas Kecemasan Masjid MAIPs Tahun 2021’ sebanyak RM 1,020,000 kepada 102 buah kariah, melaksanakan ‘Agihan Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ sebanyak RM 21,776,386 untuk manfaat asnaf fakir dan miskin di seluruh Negeri Perlis’ dan melaksanakan ‘Agihan Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs’ melalui 102 buah kariah sebanyak RM 594,000 telah diagihkan.

Menurut beliau, ‘Syukur Alhamdulillah, semua inisiatif ini dapat dilaksanakan hasil daripada sumbangan semua para penyumbang zakat yang budiman. Bagi MAIPs, semua para penyumbang zakat merupakan insan hebat yang terus menjadi tulang belakang dan kekuatan bagi MAIPs dalam terus berusaha keras bagi menggalas amanah dalam kutipan dan agihan zakat’.

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button