Mahkamah

Mahkamah tolak lucut hak wang tunai RM114j disita dari Pavilion Residences

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melucut hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residences selepas pilihan raya 2018.

Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, AGC gagal membuktikan RM114 juta itu ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pihak pendakwaan, menurut beliau gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).

Kes tersebut dimulakan di bawah pemerintaan Kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja parti tersebut menang PRU-14.

Sementara itu Najib berkata, keputusan tersebut merupakan kemenangan kepada UMNO.

“Seperti yang saya telah beberapa kali jelaskan sejak 3 tahun dahulu, wang tersebut sebenarnya dipindah dari peti besi PMO pada malam kita kalah PRU14 dan diletakkan sementara di condo sebelum disita pada hari kemudiannya.

“Kerajaan PH tahu ianya dipindah dari PMO ke sana tapi mereka tetap sita sebab nak mainkan propaganda bahawa Najib korup dan curi ratusan juta cash dari 1MDB untuk simpan di rumah biarpun kondo tersebut bukan kediaman saya.

“Wang tersebut adalah sumbangan politik bagi kita menghadapi PRU14 dan ianya diterima dari pelbagai pihak termasuk VVIP amat terkenal.

“Dari dulu lagi, senarai penyumbang sudah diberi saya kepada pihak polis dan penyumbang juga telah mengaku kepada polis apabila dipanggil. Mana mungkin BN tak ada cash tunai untuk berkempen dalam PRU14?” katanya di Facebook.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button