Luar Negara

Mabuk ganja, lelaki potong kemaluan sendiri guna gunting

SEORANG lelaki berusia 23 tahun di Thailand memotong kemaluannya sendiri selepas mabuk ganja.

Lelaki itu ketagih ganja selama dua tahun sebelum akhirnya memutuskan untuk berhenti memakannya seperti yang dilaporkan oleh Sputnik News.

Tiga bulan selepas berhenti, lelaki itu kembali mengambil ganja sebanyak dua gram dan selepas dua jam, lelaki itu mengalami ereksi dan kemaluannya terasa amat sakit.

Untuk melegakan kesakitannya, lelaki itu memutuskan untuk memotong kemaluannya sendiri menggunakan gunting.

Selepas memotong kemaluannya, lelaki itu mengalami pendarahan selama dua jam dan dia terus dikejarkan ke hospital.

Doktor yang merawat lelaki itu melaporkan bahawa kemaluan lelaki itu hanya tinggal dua sentimeter, menjadikannya mustahil untuk menyelamatkan kemaluan lelaki itu.

“Diagnosis psikosis akibat ganja kerana gejala bermula selepas pesakit menggunakan ganja, tanpa bukti penyalahgunaan bahan lain.

“Secara ringkasnya, psikosis yang disebabkan oleh ganja adalah kesan buruk ganja, yang boleh menyebabkan gangguan dalam penilaian dan boleh mencederakan diri yang tidak dijangka,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button