Nasional

LTTE: Tommy tidak ada kuasa campurtangan, kata Muhyiddin

PEGUAM Negara Tommy Thomas tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan Menteri Dalam Negeri.

Penegasan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berikutan kenyataan Tommy yang menggesa beliau mengkaji semula kedudukan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)  sebagai kumpulan pengganas.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri,” kata Muhyiddin.

Jelas Muhyiddin, kerajaan telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

Muhyiddin berkata, beliau selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk kekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa.

“Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini,” kata Muhyiddin.

Menurut Muhyiddin, selain Malaysia beberapa buah negara turut mengisytihar dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai masing-masing.

Antara negara tersebut adalah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.-SM

 

 

 

 

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button