Nasional

LTTE:Tommy perlu semak semula keputusannya

PEGUAM HANIFF KHATRI Abdulla menggesa Peguam Negara supaya menyemak semula keputusannya membebaskan beberapa individu yang dituduh merancang serangan keganasan.

Menurut Haniff kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri adalah kekal LTTE sebagai entiti keganasan di bawah Seksyen 66B Akta AMLATFAPUA.

“Saya telah menekankan bahawa seseorang Peguam Negara tidak boleh mencampuri ataupun melangkaui kuasa Menteri Dalam Negeri berhubung penyenaraian mana-mana entiti sebagai “entiti terrorisme” di bawah Seksyen 66B Akta AMLATFPUAA.

“Justeru, saya sarankan agar Tommy Thomas sebagai Peguam Negara berkewajipan untuk menyemak semula keputusan beliau untuk gugurkan kesemua pertuduhan keganasan LTTE terhadap kesemua 12 tertuduh, dan biarkan pertuduhan dibicarakan dan ditentukan melalui sistem pembuktian di mahkamah,” katanya.

Sekiranya tidak, Haniff percaya Tommy dalam kapasiti sebagai peguam negara boleh dikatakan telah secara salah mencampuri kuasa menteri.

Katanya, konsep kedaulatan undang-undang adalah wajib kekal dipatuhi, apatah lagi oleh Peguam Negara.

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button