Hiburan

Loud Speaker buka cawangan ke-13 tanpa Alkohol di Datum Mall

Kini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker telah membuka cawangan ke-13 tanpa alkohol sekali gus menarik perhatian untuk golongan muslim dan pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur.

Loud Speaker telah memilih pusat membeli belah terbaru iaitu di Datum Jelatek, bersesuaian dengan lokasi yang strategik terletak di tangah bandar malah mudah diakses dengan mengunakan aliran ringan (LRT) di stesen Jelatek.

Menurut pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini sebagai memenuhi permintaan ‘kaki Karouke’.

Pengarah urusan Loud Speaker

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal di kalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

“Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.

Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.

“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Suasana ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang menarik dan memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung.

Selain itu cawangan ini turut mengadakan Studio Mini, pengunjung boleh merasai pengalaman seperti di studio rakaman sebenar umpama menyanyi seperti artis rakaman.

Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis.

Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.

Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin.

Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlangsung.

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengunjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088.

Jenis-Jenis Bilik di Loud Speaker Datum Jelatek # 47 jenis bilik dengan pelbagai size:

A. Small (4-6 orang)

B. Medium (7 – 9 orang) –

C. Large (10 – 12 orang)

D. VIP (14 – 17 orang)

E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang) 6 bilik Mini Studio (1-2 orang)

Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka pada kelmarin, dihadiri ramai selebriti popular seperti DollaBella Astillah dan Rief Daniel.

Bella Astilla
Bella Astilla

Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.

 

Dalam majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.
Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.

 

Artikle berkaitan :

Datum Jelatek, permata baharu warga kota alami gaya hidup santai dan tenang

Sambutan Hari raya Datum Corp berkonsepkan ‘Warung Ala Padang Pasir’

SenQ buka cawagan ke-3 di Datum Jelatek Mall, Kuala Lumpur!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button