Muezza education bentuk remaja ke arah positif melalui sukan
SEBUAH syarikat Muezza Education Group Sdn. Bhd. menawarkan program memanah, berkuda, renang, dan bola sepak untuk peserta berumur empat hingga 18 tahun.
Akademi ini ditubuhkan dengan tujuan membentuk karakter positif kanak-kanak melalui sukan. Melalui program Akademi, peserta yang berpotensi akan dibimbing untuk bertanding di peringkat daerah atau negeri. Peserta Akademi mengikuti kelas bulanan bermodul yang sistematik.
Program Pembangunan Muezza baru-baru ini mengumpulkan lebih daripada 50 peserta yang bertanding di UPM Serdang. Ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Muezza.
Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Education Group Sdn. Bhd., Anas Izuan Azmi berkata, sesi kelas memanah yang lengkap pada setiap langkah mampu memberikan impak kepada Rohani dan Jasmanu.
“Objektif utama Muezza adalah untuk pembentukan karakter anak-anak memandangkan ramai yang ketagihan gajet, malah tidak dinafikan generasi muda dikatakan kurang rasa hormat dan beradab. Saya berharap sukan ini dapat membantu membangunkan sahsiah yang lebih baik.
“Daripada sudut luaran, mungkin sesi memanah sekadar sukan biasa. Namun jika selami dengan lebih mendalam, langkah daripada ‘grip’ dan ‘hook’ harus dimulakan dengan tenang dan fokus. Jika fikiran serabut, sukar untuk dapat sasaran dengan tepat.
“Banyak penerapan pembentukan karakter dalam setiap posisi yang dapat membantu mengubah pelajar tersebut. Fokus pelajar juga akan semakin meningkat termasuk dalam pelajaran.
“Malah sesi talaqi sebelum sesi latihan juga membantu di mana tenaga pengajar akan menyampaikan ilmu untuk pembentukan pelajar. Setiap sesi hanya dihadkan kepada lima hingga tujuh pelajar dan kami mampu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap pelajar,” katanya.
Muezza Education Group Sdn. Bhd. mempunyai visi yang jelas dengan roadmap (pelan hala tuju) jangka pendek dan jangka panjang. Syarikat ini diuruskan secara profesional dengan struktur organisasi yang lengkap untuk setiap jabatan.
Perniagaan ini mampan (sustainable) kerana fokus kepada pendidikan, dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, Muezza telah berkembang dengan menggunakan aliran tunai (cash flow) sahaja dan telah menjalin kerjasama dengan lebih daripada 30 rakan kongsi, termasuk Nuh Travel.
Setelah mencapai 56 cawangan, Muezza mula membuka peluang perkongsian dan berjaya mendapatkan enam rakan kongsi awal untuk mengembangkan jangkauannya ke seluruh negara bersama 33 rakan kongsi hadir untuk menandatangani perjanjian dan menyertai Muezza.
Sebelum ini, Muezza beroperasi secara dalaman dan menggunakan pemasaran dalam talian dengan sasaran audiens yang spesifik melalui platform media sosial. Dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang lebih kukuh, Muezza kini memulakan pemasaran secara menyeluruh dengan sokongan rakan kongsi. Hasil daripada perkongsian ini, sasaran 100 cawangan sebelum 2025 telah tercapai.
Dalam usaha meningkatkan reputasi jenama, Muezza Education Group Sdn. Bhd. juga menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Memorandum Persefahaman (MOU) antara Muezza dan UiTM merangkumi pembangunan modul pembelajaran di Muezza, berkuat kuasa selama 3 tahun bermula April 2023.
Penandatanganan MOU ini bertujuan untuk mengikat kerjasama secara rasmi, menggariskan tujuan, maksud, dan rangka kerja sama antara kedua-dua belah pihak. MOU diadakan untuk pelbagai tujuan, antaranya menjelaskan maksud dan harapan, mengeratkan hubungan, membina rangka kerja bersama, menyediakan landasan bagi perjanjian pada masa hadapan, memastikan komunikasi yang berkesan, membina kepercayaan, mendokumentasikan persetujuan, serta memudahkan pengambilan keputusan dan perancangan yang lebih baik.
Muezza Education Group Sdn Bhd mendidik pelajar dalam sukan memanah, renang, dan bola sepak, dengan mengetengahkan sukan sunnah. Tumpuan utama adalah pembentukan karakter pelajar dengan kaedah yang mudah didekati, serta secara beransur-ansur menarik minat pelanggan bukan Muslim untuk mengurangkan ketagihan gajet dalam kalangan anak muda.