Politik

Lokman Adam ditangkap sebentar tadi

KECOH apabila Datuk Lokman Noor Adam yang sedang bersiaran langsung tiba-tiba hilang setelah polis sampai di premisnya.

Mereka yang mengikuti siaran langsung di Facebook itu tertanya-tanya dan akhirnya terjawab apabila Lokman sendiri sempat menaikkan status bahawa dia telah ditangkap.

 

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tersebut kini ditahan di Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lokman sebelum ini dilihat lantang menyerang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kelmarin, dia menerusi rakaman video berdurasi hampir 15 minit mendakwa Muhyiddin dan penyokong pelaksanaan darurat masih tidak berpuas hati dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat.

Terbaharu sejam lalu, Lokman mendakwa setiap Ahli Parlimen bakal disogok peruntukan berjumlah RM3 juta jika Belanjawan 2021 diluluskan.

 

(Visited 536 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button