Liverpool belasah Leicester, Tottenham Man Utd makin rapat dengan Chelsea
LIVERPOOL menjarakkan diri di tangga teratas kepada 13 mata selepas membelasah pasukan di tangga kedua, Leicester City 4-0 dan pada masa masa Manchester United dan Tottenham semakin merapatkan diri dengan Chelsea di tempat keempat.
Mikel Arteta pula bernasib baik pulang dengan satu mata pada perlawanan pertamanya sebagai Pengurus Arsenal apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Bournemouth.
Namun, Carlo Ancelotti memulakan kerjaya di Everton secara lebih positif ekoran menang 1-0 dengan Burnley.
Chelsea yang menewaskan Tottenham pada Ahad lalu – kemenangan terbesar Frank Lampard ke atas bekas bosnya Jose Mourinho – kini hanya tiga masa di atas Spurs ekoran tewas 2-0 kepada pasukan ditangga bawah, Southampton.
Spurs terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 2-1, terima kasih kepada gol oleh Harry Kane dan Dele Alli, sementara United hanya satu mata dibelakang, di tangga ketujuh apabila menewaskan Newcastle 4-1 dengan Anthony Martial meledakkan dua gol.
Kunjungan Liverpool ke gelanggang saingan terdekat mereka pada Boxing Day membuktikan bahawa mereka memang juara dunia.
“Ini merupakan salah satu daripada malam-malam kajayaan untuk musim ini.
“Kami belum separuh jalan pun dan banyak boleh berubah dan berlaku. Kekuatan pasukan ini ialah kami lakukan satu perlawanan ke satu perlawanan,” kata pemain tengah Liverpool James Milner.
Tiga gol dalam tempoh tujuh minit pada suku terakhir memastikan jaringan itu mencerminkan kawalan mereka.
Tottenham, Man Utd menghampiri Chelsea
Selepas menang bergaya Ahad lalu, Chelsea kambali bergelut apabila berhadapan dengan pasukan di tangga bawah yang memiliki pertahanan yang degil di Southampton.
Blues kalah kepada West Ham, Bournemouth dan the Saints dalam empat perlawanan terakhir di gelanggang sendiri.
“Kami ditanya soalan berbeza di gelanggang sendiri. Pada masa ini kami tidak menjawabnya. Kami tidak menguruskan hantaran terakhir,” kata Lampard dengan nada kecewa.
Keputusan bos Southampton, Ralph Hasenhuttl’s merehatkan Danny Ings membuahkan hasil apabila penggantinya, Michael Obafemi menjaringkan gol keduanya dalam Liga Perdana Inggeris dengan penyudahan yang tenang.
Pelawat mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut untuk naik ke tangga 14.
Spurs pula masih terasa kesan daripada kekalahan kepada Chelsea dengan Son Heung-min kena gantung dan keyakinan mereka terus merudum apabila Adam Webster menanduk masuk gol untuk Brighton mendahului pada separuh masa pertama.
Kane memastikan jaringan pada percubaan kedua selepas cubaan pertama diselamatkan oleh Mat Ryan sebelum Alli memastikan tiba mata dibawa pulang oleh pasukannya.
United yang juga tewas 2-0 kepada pasukan di tangga terbawah Watford Ahad lalu seolah-olah akan kecewa sekali lagi minggu ini apabila Matty Longstaff menjaringkan gol pertama dalam Liga Perdana.
Namun, Martial membuka ruang untuk kebangkitan Red Devil.