NegeriRencah Hidup

Little Golden Egg  bawa ‘ong’ pada Li-Er Cake House

BAGI masyarakat Tionghua di Malaysia yang bakal menyambut tahun lunar, Tahun Baharu Cina pada awal bulan depan, Little Golden Egg atau tart nenas yang dihasilkan setiap tahun diharap akan terus membawa tuah atau ‘ong’ kepada Li-Er Cake House sepanjang tahun ini.

Awal-awal lagi, ‘ong’ berpihak kepada Tan Vin Shi pembuat Little Golden Egg berupa biskut wajib yang mesti ada bagi masyarakat Tionghua setiap kali menyambut Tahun Baharu.

LITTLE Golden Egg atau tart nenas yang siap dibakar.

Kata Vin Shi dalam nada girang, beliau kini menerima tempahan kira-kira 2,000 biji Little Golden Egg iaitu biskut tart nanas pada tahun ini.

“Saya amat lega dengan permintaan tempahan yang diterima kerana ketika kita semua dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, saya berharap era kesusahan itu sudah berlaku dan hari ini, permintaan untuk tart nanas meningkat,” katanya secara eksklusif kepada wartawan SUARA MERDEKA, SHOLINA OSMAN.

Vin Shi, 37, berkata, beliau beruntung kerana mewarisi resipi istimewa Little Golden Egg atau tart nanas daripada ibunya, Tan Li-Er, 60.

“Emas saya memang menghasilkan resipi yang terbaik kerana  dia berpengalamam selama 25 tahun dalam membuat tart nanas,” katanya yang juga merupakan tawkeh Li-Er Cake House di Kuala Perlis.

Vin Shi menyapu kuning telur ke atas tart nanas sebelum dibakar.

Beliau berkata, disebabkan resipi istimewa yang diwarisinya itulah, ibu kepada tiga orang anak lelaki ini tidak bimbang menyatakan bahawa rasa tart nenas keluaran kedainya memang lain dan sedap.

Katanya, membuat tart nenas, keenakannya juga terletak pada inti.

Justeru, beliau mengakui membuat sendiri inti tart nenas di mana ia dihasilkan dengan menggunakan nenas Malaysia dan nenas yang diimport dari Thailand.

Atas permintaan pelanggan, inti Little Dragon Egg dikekalkan dengan rasa masam nenas tetapi dikurangkan manis.

Tidak lokek berkongsi keistimewaan Little Golden Egg, lapisan luar atau kulit tart (pastry) dibuat daripada mentega bermutu tinggi bagi menjamin kualiti, katanya.

Vin Shi dibantu ibu dan jiran untuk menyiapkan tempahan Little Golden Egg.

“Menikmati Golden Golden Egg memang lain daripada yang lain kerana ia bukan sahaja lembut tetapi apabila masuk ke dalam mulut dan dikunyah, ia tidak akan melekat di gigi sebaik ditelan,” katanya.

Dengan kulit tart nenas yang dijamin berkualiti, tidak hairanlah Little Golden Egg yang terdapat di Li-Er Cake House, Kuala Perlis ini tidak mudah rosak (hapak) sebaliknya ia mampu bertahan lama.

“Satu lagi, setiap tart yang dibakar juga akak dipek selepas dua hari untuk memberikan rasa yang lebih sedap,” jelas Vin Shi.

Setakat ini, kata Vin Shi  lagi, tart nanasnya bukan saja ditempah dalam dan luar negeri Perlis malahan tempahan juga diterima daripada pelanggan di Singapura.

Vin Shi berkata, ibu dan jiran-jiran membantunya menyediakan tempahan Little Golden Egg sebelum tibanya sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari ini. – SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button