NasionalNegeri

LIMA’23: Amaran kepada pemain industri tidak naikkan harga

AMARAN kepada semua pemain industri supaya jangan sesekali mengambil kesempatan dengan “demand” tinggi sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Jangan sesuka hati “mencatut” sama ada harga makanan, kereta sewa dan hotel kerana ingin mengaut keuntungan berlipat ganda.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh sendiri akan turun padang bersama dengan pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah untuk menjalankan operasi di sepanjang LIMA’23 berlangsung.

Berikutan itu kata Fauziah memadai jika pemain industri menawarkan harga seperti biasa sama ada makanan, sewa kereta dan juga hotel.

“Pemain industri yang degil akan dikenakan tindakan undang-undang Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya pada media selepas melakukan perasmian kilang roti HPA Industries Sdn Bhd di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling, Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar dan pemilik HPA Industries Sdn Bhd Ismail Ahmad.

Fuziah Salleh menunjukkan roti keluaran kilang roti HPA Industries Sdn Bhd di Kangar hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya akan mengawal sepanjang tempoh LIMA’23.

“Operasi ini lebih ketat jadi jangan sesekali pemain industri berani melanggar undang-undang,” katanya.

Katanya, sekalipun akan ada yang cuba menaikkan harga dari biasa tetapi jangan sampai berganda dan melampau. – SM

BACA Pekerja swasta tak mengaku salah hina Fuziah

BACA Peluang pemain industri Digital mohon geran

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button