Hiburan

Peluang pemain industri Digital mohon geran

Melihat perkembagan industri kreatif semakin maju, kerajaan berhasrat mengeluarkan geran untuk membantu pemainpemain industri supaya lebih mudah berkreatif.

Permohonan baharu bagi tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka mulai hari ini sehingga 1 Jun 2023.

Inisiatif kerajaan ini di selaraskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

DCG pula memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital manakala MDXG bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi tempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa manakala MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata pengagihan geran tersebut
penting bagi merealisasikan idea pemain industri kreatif dan meningkatkan bakat-
bakat tempatan dalam penciptaan kandungan digital.

Dan secara tidak langsung dapat memberikan hasil kerjasama di peringkat antarabangsa dan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.

Peluang pemohonan geran bagi industri kreatif digital
Peluang pemohonan geran bagi industri kreatif digital

“Ekonomi digital Malaysia telah mencapai 22.6 peratus bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2021 dan dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.
“Ketiga-tiga geran berkenaan merupakan salah satu resolusi masa depan bagi menyediakan ekosistem industri digital negara yang lebih kondusif dan mampan” katanya.

Permohonan terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan pada bulan Jun 2023. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima. Pemohon yang berminat boleh melayari laman web www.mdec.my/grants untuk mendapatkan maklumat lanjut.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button