Lembaran baru bagi Singapura, beralih pucuk pimpinan, kini Lawrence Wong
Malam semalam telah berlangsungnya majlis angkat sumpah di pejabat kerajaan Istana, Wong merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menjadi individu kedua di luar keluarga Lee mentadbir Singapura.
Dalam ucapan pertamanya selepas ditabalkan menjadi perdana menteri, Wong berkata akan menerajui dengan caranya dan berfikir secara meluas.
“Kami akan menerajui (Singapura) dengan cara kami sendiri. Kami akan terus berfikir di luar kotak dan berfikiran jauh ke hadapan,” kata pemimpin berusia 51 tahun itu dalam ucapan pertamanya.
Ahli-ahli Kabinet Wong turut mengangkat sumpah termasuk Hsien Loong, 72, yang dilantik ke tugas penasihat kerajaan sebagai menteri senior.
Wong berkata, rakyat Singapura berdepan dunia penuh konflik dan persaingan, dengan isu ketegangan geopolitik, dasar perlindungan serta nasionalisme mungkin berlarutan selama bertahun-tahun.
“Kita perlu berani berdepan realiti ini dan menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih kucar-kacir, lebih berisiko dan lebih ganas,” ujarnya.
Ahli ekonomi menerima pendidikan di Amerika Syarikat itu dilihat sebagai pemimpin mesra media yang bijak menangani krisis Covid-19 ketika beliau menyelia pasukan petugas pandemik kerajaan sebelum ini.
Artikle Berkaitan :>
Anwar, Hsien Loong saksi detik bersejarah RTS Link ‘disambungkan’ antara Malaysia, Singapura