Nasional

Lembaga Getah akui terima permohonan pajakan, pembelian tanah

LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) mengakui menerima permohonan pajakan dan pembelian melibatkan dua lot tanah milik lembaga itu di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurutnya, LGM telah menerima tawaran pajakan bagi Lot 20013 yang dibuat secara tender terbuka oleh LGM Properties Corporation (LGMPC) iaitu perbadanan milik lembaga itu pada Oktober 2020.

Syarikat Al-Noor Foundation telah terpilih setelah membida dengan bidaan tertinggi Lot 20013 berdasarkan kriteria,proses dan prosedur yang ketat oleh LGMPC serta LGM,

LGM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat bagi
membeli Lot 20012.

Menurutnya, pertimbangan akan dibuat selaras dengan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan serta pandangan Jabatan Warisan Negara.

LGM menegaskan semua penjualan atau pajakan tanah milik LGM perlu mendapat perakuan lembaga terlebih dahulu sebelum dikemukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali untuk kelulusan.

“Namun begitu, keputusan bagi pajakan Lot 20013 dan penjualan Lot 20012 masih belum diputuskan oleh Lembaga Pengarah LGM. Ini bermaksud, ia belum diangkat untuk pertimbangan dan persetujuan YB Menteri.

“Justeru, LGM menegaskan tidak ada sebarang perjanjian pajakan atau transaksi jual beli yang termeterai dengan mana-mana pihak.

“Mengikut peraturan, semua penilaian hartanah sama ada untuk pajakan atau penjualan akan dirujuk kepada JPPH sebelum kadar pajakan serta nilai pasaran semasanya ditentukan supaya memberi pulangan hasil yang terbaik untuk LGM,” katanya.

Sebelum ini sebuah laman Facebook mendakwa telah menerima dokumen yang dipenuhi maklumat mengenai tanah yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia.

Laman itu menggesa menggesa Khairuddin untuk memberi penjelasan berkaitan penjualan dan pajakan dua lot tanah tersebut.

Pentadbir laman FB itu mendakwa, harga pajakan yang ditawarkan terhadap syarikat terbabit tidak masuk akal iaitu RM0.70 sekaki. Harga pasaran didakwa dalam lingkungan RM2.50 sekaki.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button