Luar Negara

Lelaki ini menangis selepas beli tuala wanita untuk isteri

KALAU dahulu mungkin ada di antara golongan lelaki yang segan untuk membeli barangan keperluan wanita buat isteri terutamanya tuala wanita.

Namun buat masa sekarang, masyarakat semakin terbuka dan tidak lagi menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang sensitif.

Berbeza pula ceritanya bila seorang lelaki menangis di dalam kereta selepas didakwa berpelakuan tidak senonoh ketika membeli tuala wanita untuk isterinya.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Amerika Syarikat ketika lelaki itu berada di bahagian penjagaan wanita bersama seorang pelanggan wanita yang tidak kenali.

“Sebelum itu, saya telah menghantar mesej kepada isteri berkenaan jenama tuala wanita apa yang sering digunakannya supaya tidak tersalah beli.

“Tetapi saya tidak menjumpai jenama tersebut dan membuat panggilan video kepada isteri supaya dia boleh memilih sendiri barangan tersebut,” katanya seperti dilaporkan Mirror.

Namun secara tiba-tiba datang seorang pelanggan pasar raya tersebut dan memberitahu yang lelaki itu berpelakuan tidak senonoh.

Pelanggan wanita itu kemudian bertindak memanggil pengurus pasar raya dan meminta supaya lelaki itu dikenakan tindakan.

“Wanita itu kemudian berperangai seperti hilang akal dan bercakap dengan nada tinggi sambil menuduh saya mengambil gambarnya.

“Saya juga telah menunjukkan semua mesej saya bersama isteri kepada pengurus pasar raya itu sebelum wanita itu dibawa keluar,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia mula mengalirkan air mata ketika berada di dalam keretanya kerana menganggap apa yang terjadi sebagai sesuatu yang paling memalukan dalam hidupnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button