Nasional

Laporan polis terhadap Zahid Hamidi: Tak perlu layan, kata Ibrahim Ali

“TIDAK perlu layan laporan polis begini. Jangan ghairah (don’t be excited),” demikian komen ringkat Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali ketika diminta mengulas tentang laporan polis yang dibuat terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ibrahim, segala kemungkinan boleh berlaku dan apa pun, perlu tunggu dalam tempoh sehari dua.

“Tak perlulah nak layan benda-benda macam ni. Don’t be excited. Itu sahaja yang saya nak cakap,” katanya kepada wartawan SUARA MERDEKA ketika menghubungi beliau.

Untuk rekod, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan.

Pengadu membuat laporan polis berkenaan selepas terbaca Presiden UMNO itu mengadu audio perbualan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan sebelum ini beliau (Ahmad Zahid) menafikan itu adalah suara beliau. – SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button