Nasional

Langkah terkebelakang universiti awam

UNIVERSITI awam (UA) di negara ini dikatakan masih lagi mengambil langkah terkebelakang terutama dalam menghadapi cabaran pengembangan ilmu.

Hal tersebut didakwa dilihat daripada rentetan tekanan yang dihadapi oleh seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditekan supaya meletakkan jawatan.

Tekanan itu diterima pensyarah terbabit apabila membenarkan pelajarnya membuat lawatan ke ibu pejabat parti DAP sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka.

Oleh demikian, UA dikatakan mempunyai masalah ‘feudalisme’ dalam akademik iaitu sesuatu isu atau persoalan tidak boleh didebat atau dibincangkan kerana satu muktamad yang sudahpun dicapai berpuluh tahun dahulu.

“Di Malaysia, UA mempunyai banyak ‘penyakit’ … dan saya tidak bercakap mengenai Covid-19, Kolera, Denggi atau penyakit biologi lain yang mudah.

“Tidak, saya bercakap mengenai penyakit persepsi dan sikap.

“Setelah 27 tahun bekerja di universiti awam, saya dapat memahami sepenuhnya pelbagai jenis penyakit yang menimpa universiti kita.

“Oleh itu, sebelum menjawab soalan yang menjadi topik artikel ini, izinkan saya menjelaskan salah satu daripada banyak penyakit universiti.

“Salah satu penyakitnya ialah budaya feudal yang ada di universiti yang saya sebut sebagai ‘feudalisme akademik’.

“Penyakit ini meletakkan pentadbir universiti sebagai entiti kuat yang dapat melakukan secara harfiah apa yang mereka mahukan.”

Demikian memetik pandangan seorang pensyarah di salah sebuah UA di negara ini, Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi, hari ini yang tulisannya diterbitkan oleh portal berita Sinchew.

Menurutnya, dalam pemerhatian sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat, beliau melihat dasar kontroversi tidak boleh dibincang secara meluas walaupun akademik.

Hal demikian menyebabkan pemikiran dalam pengembangan ilmu dalam kalangan pelajar adalah terbatas kerana sistem pentadbirannya tidak melalui konsep rundingan seperti ‘rakan sebaya’.

“Feudalisme akademik ini menghasilkan budaya pemikiran sempit dan wacana terbatas yang mirip dengan penyempitan arteri yang mengongkong kehidupan memberi ‘darah ke jantun’ universiti … yang merupakan semangat soal kritis dan lebih banyak soal.

“Sebab itu sebelum memulakan kuliha, saya masih memberitahu pelajar bahawa universiti adalah tempat penyusunan maklumat dan tempat bertanya.

“Universiti tidak memberikan ‘jawapan’ tetapi tindak balas kritis pemikiran berstruktur yang dapat diubah menjadi tindakan yang dikendalikan.

“Universiti bukan tempat ‘kebenaran’ sebaliknya, mencari kebenaran sulit yang akhirnya dapat difahami.

“Tidak ada kebenaran dalam pengetahuan melainkan persepsi dan pemikiran mengenainya.

“Itulah sebabnya mengapa mempersoalkan ‘kebenaran’ yang diwarisi budaya, politik, agama dan sains adalah objektif utama.

“Tetapi universiti awam di Malaysia nampaknya bergantung pada menentukan sempadan dan batasan pengetahuan,” ujarnya.

Sebelum ini Suara Merdeka melaporkan Mahasiswa Keadilan Malaysia Universiti Teknologi Mara (MKM UiTM) mendakwa seorang pensyarah universiti itu dipaksa meletakkan jawatan sebagai Penolong Reaktor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.

Perletakan jawatan itu digesa selepas pensyarah itu dikatakan menganjurkan aktiviti lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat DAP pada 2 Disember 2019.

Menurutnya,  Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali yang didakwa  pensyarah Fakulti Sains Pentabiran dan Pengurusan Polisi UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub meletakkan jawatan berkenaan pada 28 Disember 2020.

Mereka mendakwa peletakan jawatan Dr. Che Hamdan sebagai Timbalan Reaktor disebabkan campur tangan politik. – SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button