Politik

Langkah seiring Muhyiddin dan calon-calon PN

TERUS bergerak cergas, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara fizikal hadir ke tempat-tempat yang ditandingi oleh calon-calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Esok ialah hari mengundi, 12 Mac dan Muhyiddin tetap meneruskan usahanya berkempen agar rakyat Johor memberi peluang kepada Perikatan Nasional membentuk kerajaan negeri.

Baru-baru ini Muhyiddn tanpa menghiraukan penat  bersama-sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad hadir Program Dialog Orang Muda bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara di Kampung Air Tawar, Endau, Mersing.

“Dalam majlis dialog ini saya berpeluang menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagi memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat terutama kumpulan B40, M40, golongan muda, wanita dan orang kurang upaya (OKU),” kata Muhyiddin.

Beliau berkata, “Saya memberi contoh bagaimana Johor menjadi negeri yang menerima kesan besar akibat pandemik Covid-19.

“Sekatan perjalanan rentas sempadan yang dilaksanakan menyebabkan banyak aktiviti ekonomi tergendala dan ramai penduduk Johor tidak dapat kembali bekerja di Singapura, begitulah sebaliknya.

“Alhamdulillah setelah banyak kali syor dan gesaan dibuat oleh MPN, kerajaan memutuskan untuk membuka balik sempadan negara pada 1 April ini yang sudah tentunya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dan Singapura.”

Muhyiddin berkata, langkah ini pasti akan merancakkan kembali aktiviti ekonomi sekali gus dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu khususnya untuk anak-anak muda.

Berdasarkan perkongsian Muhyiddin di akaun Facebooknya, beliau juga mencoret mengenai isu perumahan rakyat termasuk untuk golongan muda yang berlarutan sehingga sekarang.

“Saya menegaskan kerajaan Perikatan Nasional akan memastikan isu rumah mampu milik diselesaikan sebagaimana terkandung dalam Ikrar Perikatan Nasional jika diberi peluang mentadbir negeri ini,” tegas beliau.

Bagi menyantuni masyarakat pengundi, Muhyiddin turut meluangkan masa menikmati makanan laut bersama komuniti Cina kawasan ini di Medan Ikan Bakar Endau.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina di sini , akui Muhyiddin, amat mengalakan dan rata-rata mengharapkan agar perniagaan yang dijalankan akan menjadi semakin rancak. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button