Politik

Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kerusi bagi DUN Endau berhadapan saingan yang agak sengit dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Muhyiddin yang juga merupakan Presiden BERSATU berkata, calon PN (Alwiyah Talib) sememangnya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sepanjang perkhidmatannya di kerusi berkenaan.

“Dari awal memang saya terima maklum balas, calon kita popular dan banyak usaha yang dibuat untuk bantu masyarakat.

“Saya percaya calon kita ada kelebihan sebab dah berkhidmat lama, masyarakat kenal dia walaupun poster tak banyak.

“Ini membuktikan kempen PN agak berkesan dan sokongan terhadap calon PN cukup menggalakkan walaupun ada persaingan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Dialog Pemuda di Dewan Tok Mior, Endau pada Khamis.

Ditanya mengenai keputusan parti untuk mengekalkan calon asal di kawasan itu, Muhyiddin menyatakan terdapat banyak perkara yang telah dibuktikan Alwiyah sehingga beliau digemari di kawasan itu.

“Dalam kalangan banyak pemimpin tempatan, calon ini bagus, dia buat kerja dan telah banyak bantu masyarakat.

“Jadi banyaklah sokongan dari pemimpin (PN) termasuk bekas pemimpin UMNO sendiri,” katanya lagi.

BACA JUGA: Apa lagi selepas PRN Johor?

Muhyiddin dalam pada itu berpendapat, kerusi DUN Endau tidak lagi dianggap sebagai kubu kuat UMNO apabila calon PN yang berpengalaman ditempatkan di kawasan terbabit.

Malah beliau menyifatkan, UMNO telah mula retak dan pecah hasil sokongan yang menggalakkan terhadap PN. – Berita Bersatu

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button