Politik

Senario terbaik dan terburuk PRN Johor

1. Kempen PRN Johor tinggal sehari. Pertembungan bertambah sengit. Angin perubahan kelihatan bertiup sepoi-sepoi di Tambak Johor.

2. PRN Johor merupakan satu PRN yang amat sukar untuk di buat analisa dan jangkaan kerana macam-macam boleh berlaku esok Sabtu 12 Mac 2022 di sebuah Negeri sebesar Johor.

Ini juga kali pertama Negeri Johor mengadakan Pilihanraya Umum Negeri berbeza masa dengan Kerajaan Persekutuan.

0rang-orang Johor sebagai pengundi, amat berlainan daripada pengundi-pengundi dari Negeri Melaka, Sarawak dan Sabah.

3. Walaupun Negeri Johor, adalah negeri kelahiran parti UMNO, kebijaksanaan orang-orang Johor ataupun di gelar Bangsa Johor amat berlainan drp. Negeri lain.

Rata-rata mahukan UMNO kembali berkuasa tetapi rata-rata juga tidak mahu UMNO menang dengan majoriti yang besar dan terlupa untuk menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat sehinggakan nanti ada yang akan menjadi sombong dan bongkak.

Senario terbaik Barisan Nasional

PERATUS KELUAR MENGUNDI 65% – 70% :

DAP : 10 kerusi
PKR : 1 kerusi.
Jumlah PH : 11 kerusi.

Perikatan Nasional : 6 kerusi.

Barisan Nasional : 35 kerusi.

Kerusi 50/50 : 4 kerusi.

Senario terbaik Pakatan Harapan dan  Perikatan Nasional

PERATUS KELUAR MENGUNDI 75% – 83% :

DAP : 12 kerusi.
PKR : 1.
AMANAH : 1.
Jumlah PH : 14.

Perikatan Nasional : 14.

Barisan Nasional : 26.

Kerusi 50/50 : 2 kerusi.

Ramalan Barisan Nasional

4. BN meletakkan sasaran menang di antara 32 ke 35 kerusi DUN Johor untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Johor yang baru.

5. Walau bagaimanapun, ini terpulang kepada jumlah peratus keluar mengundi samada rendah atau tinggi.

6. Keadaan bertambah sukar dalam masa 24 jam sebelum mengundi ini kerana dari kajian sikap dan sampelling yang di buat, jelas kelihatan terdapat lebih kurang 5 – 9 kerusi berada di dalam keadaan 50/50, menjadikan pertembungan yang amat sengit antara BN dan PN & PH.

Ramalan Perikatan Nasional

7. Forecast pertama Perikatan Nasional ialah untuk menghalang Barisan Nasional daripada menang cemerlang 2/3 seperti di PRN Melaka.

8. Fokus kedua PN ialah untuk menghalang BN daripada menang dengan majoriti mudah.

Sesungguhnya, tanpa majoriti mudah 29 kerusi, mana-mana satu kelumpuk akan terpaksa mencari rakan untuk membentuk satu Kerajaan Campuran di Negeri Johor.

9. Fokus ketiga PN, sekiranya angin perubahan bertiup kencang kearah Bahtera Perikatan Nasional, PN mahu menubuhkan satu Kerajaan Negeri Johor yang baru dengan mana-mana parti politik yang mahu menjalinkan kerjasama politik di peringkat Negeri Johor. Ini bukan suatu perkara yang mustahil. Pelbagai perkara boleh berlaku esok 12hb. Mac.

10. Apa pun, kesemua jentera Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan telah lakukan yang terbaik untuk mendapatkan sokongan Rakyat.

11. Kini terserah kepada Rakyat Bangsa Johor untuk membuat penilaian dan memberikan mandat kepada gabungan parti politik yang Rakyat fikirkan akan dapat memerintah Negeri Johor dengan sebaik mungkin untuk 5 tahun mendatang ini.

Kita tunggu malam 12 Mac 2022, sebagai penentu keputusan Pilihanraya Umum Negeri Johor.

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button