Ekonomi

kurangkan yuran EVP untuk perkhidmatan e-hailing

MyCar, salah satu penyedia perkhidmatan e-hailing di Malaysia, menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula yuran Permit Kenderaan e-hailing (eVP) untuk perkhidmatan e-hailing.

Pengasas MyCar Mohd Noah Maideen berkata kos untuk yuran eVP tidak mampu untuk ditanggung kerana syarikat perkhidmatan e-hailing menghadapi cabaran untuk terus berdaya saing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kerajaan harus mengurangkan kadar yuran kerana industri perkhidmatan e-hailing mahu terus membantu pemandu dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Dengan kuota eVP diturunkan dari 10,000 kepada 3,000 disebabkan oleh pengurangan sebanyak 80 peratus dalam tempahan perkhidmatan e-hailing sepanjang tempoh PKP dan PKPB,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Noah berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan harus mengkaji semula harga bagi yuran eVP kenderaan e-hailing.

Beliau juga berkata syarikat e-hailing menghargai usaha kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi, bagaimanapun bagi memulihkan kerugian selepas tempoh PKPB mungkin akan memakan masa lebih lama dari dijangkakan.

Beberapa syarikat yang terjejas mungkin terpaksa ditutup dalam beberapa bulan akan datang kerana mereka tidak mampu untuk menanggung kadar kerugian yang tinggi dalam jangka masa yang singkat, katanya. – BERNAMA

(Visited 621 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button