Nasional

Boleh guna perkataan Allah: Doa kami dimakbulkan – Teresa Kok

AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, dengan keputusan tersebut doa mereka telah diperkenankan.

“Our prayer answered (Doa kami dimakbulkan),” tulis Teresa sambil berkongsi keratan berita dari sebuah portal bertajuk, High Court rules use of word Allah by non-Muslims allowed.

Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Ariffin hari ini membuat keputusan membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah mengarah CD mengandungi kalimah ALLAH diserah kepada Jill.

Sebelum ini pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.-SM

(Visited 3,729 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button