Negeri

KPDNHEP mula laksana SHMMP Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Pesta Kaamatan di Sabah, 31 Mei, Hari Gawai di Sarawak 1 Jun

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 sebagai langkah untuk memastikan harga barangan keperluan berpatutan sepanjang sambutan perayaan berkenaan.

Pesta Kaamatan akan disambut oleh penduduk di Labuan dan Sabah pada 31 Mei ini dan Hari Gawai pula akan disambut oleh penduduk  Sarawak pada 1 Jun depan.

KPDNHEP dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, pengkuat kuasaan SHMMP PESTA KAAMATAN 2021 akan bermula pada 27 Mei ini sehingga 2 Jun depan iaitu selama seminggu (tiga hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan tiga hari selepas hari perayaan).

“Kementerian telah mengenal pasti 11 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP PESTA KAAMATAN 2021. Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan khinzir,” katanya.

Senarai barangan bagi SHMMP PESTA KAAMATAN 2021 adalah seperti berikut:
(i) Ayam hidup
(ii) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
(iii) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
(iv) Kepak ayam
(v) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
(vi) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
(vii) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
(viii) Daging kerbau import (India)
Menurut kenyataan yang sama, KPDNHEP juga memberitahu, perbandingan harga runcit maksimum SHMMP Pesta Kaamatan 2021 dengan 2020 adalah dua jenis barangan mengalami kenaikan dan sembilan jenis barangan kekal.
Sementara itu, KPDNHEP berkata, barangan yang mengalami kenaikan di Sabah adalah kepak ayam manakala barangan yang mengalami kenaikan di WP Labuan adalah ayam hidup dan kepak ayam.

Manakala bagi SHMMP HARI GAWAI 2021 pula, tarikh berkuat kuasa adalah pada 28 Mei ini hingga 3 Jun depan.

Katanya lagi, kementerian telah mengenal pasti 11 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim tersebut.

“Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam dan khizir.

“Perbandingan harga runcit maksimum SHMMP Hari Gawai 2021 dengan 2020 adalah hanya satu jenis barangan mengalami kenaikan dan 10 jenis barangan kekal,” kata KPDNHEP sambil menambah, barangan yang mengalami kenaikan adalah kepak ayam kepak.

Kementerian akan membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis yang berkaitan di Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memastikan peniaga patuh ke atas SHMMP.

“Mmana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

“(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum: (a) individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan (b) syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;

“(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal: (a) individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan (b) syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” kata KPDNHEP. –   SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button