Nasionalpilihan

KPDNHEP beri kompuan berdasarkan maklumat diberikan peniaga

Tindakan yang diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap perniaga adalah berdasarkan maklumat dan penerangan diberikan peniaga semasa operasi.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, tindakan juga diambil selepas meneliti pematuhan ke atas prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pendaftaran dalam sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

“KPDNHEP mengambil maklum beberapa isu yang dibangkitkan dalam media sosial dan portal berita sejak akhir-akhir ini berkenaan tindakan yang diambil penguat kuasa terhadap peniaga-peniaga serta premis mereka.

“Tindakan yang diambil itu berkaitan dengan Akta 342 SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan pengumumkan kerajaan mengenai penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, terdapat beberapa keluhan daripada peniaga yang dikenakan tindakan kompuan kerana gagal mematuhi SOP dan sekaligus memberi kesan terhadap perniagaan mereka.


Namun menurut KPDNHEP, peniaga yang tidak berpuas hati boleh merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pertimbangan selanjutnya.

Dalam pada itu, KPDNHEP menasihatkan supaya peniaga sentiasa mematuhi SOP sepenuhnya yang telah ditetapkan termasuk menyediakan dokumen-dokumen sah ketika pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa.

“Peniaga yang masih belum mendapat kelulusan menjalankan operasi perniagaan boleh menghubungi KPDNHEP untuk permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut.

“Peniaga boleh menghubungi talian 03-88825881/5905 atau melalui e-mel kepada [email protected] atau berhubung dengan KPDNHEP di negeri mereka beroperasi untuk mendapatkan bantuan.

“KPDNHEP juga ingin menasihatkan semua peniaga supaya sentiasa merujuk kepada laman sesawang rasmi kementerian untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih di pautan www.kpdnhep.gov.my,” katanya.

Untuk rekod, sejak pelaksanaan PKP 1.0 pada 18 Mac lalu, sebanyak 473 kompaun berjumlah RM2.94 juta seluruh negara oleh KPDNHEP terhadap peniaga.

Kompaun tersebut dikenakan kepada peniaga yang melanggar SOP norma baharu termasuk tiada penjarakan fizikal; tidak mengimbas MySejahtera; tidak merekod kemasukan pelanggan dan tidak mematuhi waktu operasi.

Pengeluaran kompaun juga merupakan tindakan terakhir setelah advokasi awal yang diberikan masih tidak dipatuhi peniaga. -SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button