KesihatanNasional

4,743 kes baharu Covid-19 petang ini – KKM

SETAKAT petang ini, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,743 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 705,762 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,566 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (635) kes, Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68) dan Terengganu (37).

Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatatkan angka satu digit 7 dan 4 kes. – SM

 


(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button