Jenayah

Kontraktor ditiup Macau Scam RM107,000

MODUS operandi menyamar sebagai Pegawai Bank Negara dn Pegawai Polis telah memperdaya seorang kontraktor sehingga kerugian lebih RM107, 000.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa yang berumur 45 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Mr Lai’ kononnya pegawai Bank Negara menerusi nombor 03-94165679, ketika berada di rumah di Kampung Baharu Chenderoh, Batu Gajah, Melaka.

Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu memberitahu mangsa bahawa terdapat transaksi pembelian barangan  di Lazada yang menggunakan kad kredit Ambank atas namanya berjumlah RM11,188.35 namun dinafikan mangsa.

“Selepas itu, panggilan disambungkan kepada bahagian pengubahan wang haram di Bukit Aman dan mangsa bercakap dengan seorang wanita bernama Than Kok Hwa yang memberitahu akaun kad kreditnya telah disalah guna dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas itu mangsa memberitahu dia mempunyai dua akaun iaitu akaun Ambank dan akaun Hong Leong Bank sebelum diarah untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kedua-dua bank,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, pengadu telah pergi ke ATM dan apabila selesai mengikuti arahan wanita itu, mangsa mendapati wang daripada akaun Hong Leong Bank dan Ambank telah berkurangan sebanyak RM107,996.95.

Pengadu kemudian berasa tertipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 6.15 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button