Nasional

Konsesi bolot projek kecil di Perak – Hamidah Osman

JIKA sebelum ini, projek memotong rumput, memangkas pokok, menurap jalan dan membersihkan longkang di negeri Perak dilakukan oleh kontraktor kecil-kecilan iaitu kelas F, hari ini, mereka yang bertaraf G1 yang membolot semua kerja kecil-kecilan itu.

Demikian kata Naib Presiden Parti PUTRA Malaysia, Datuk Hamidah Osman ketika tampil sebagai temu Live Suara Merdeka di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Menurut Hamidah, amat menyedihkan apabila projek-projek kecil-kecilan itu disapu dan dibolot oleh satu konsesi yang mana ia telah menutup pintu rezeki kontraktor kecil-kecilan untuk mencari rezeki.

“Macam mana keadaan ini boleh dibiarkan sedangkan itu adalah punca rezeki kontraktor kecil-kecilan ini. Tidak boleh dibayangkan hak dirampas begitu sahaja dan putus mata pencarian,” katanya.

Beliau berkata, keadaan hidup rakyat di Perak semakin dihimpit dari aspek ekonomi kerana mata pencarian mereka untuk memancing ikan di lombong-lombong turut disekat oleh konsesi yang mengawal lombong-lombong tinggal.

“Kehidupan sebagai nelayan di lombong-lombong tinggal adalah salah satu pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat.

“Tetapi hari ini, mereka bukan sahaja dihalang dan tidak dibenarkan lagi untuk memancing ikan di lombong-lombong, mereka ini dihalau oleh pekerja-pekerja asing yang diupah oleh konsesi. Sedih,” ujar beliau.

Kata Hamidah, dahulu, sekurang-kurangnya, mereka yang miskin masih boleh makan ikan yang dipancing di lombong-lombong tetapi hari ini, itu tidak lagi dapat dilakukan.

Dalam masa yang masa, Hamidah berkata, pada Sabtu ini, 10 April, akan diadakan buat julung kalinya, Kongres Melayu Kembalikan Hak Yang Hilang dengan pembentangan kertas kerja oleh tiga individu professional.

Tiga kertas kerja yang bakal dibentangkan berkaitan dengan tanah, ekonomi dan agama Islam.

Kongres itu akan disiarkan secara langsung di Facebook Suara Merdeka pada pukul 12 tengah hari. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button