fbpx
Politik

Komik komunis diharamkan, bila tangkapan akan dibuat soal Bossku

SUARAMERDEKA: Terbukti pun saya tak fitnah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak atau mendapat julukan gelaran Bossku dalam hantaran terkini di Facebook milik peribadinya

“Yang tulis kata pengantar itu, Polis bila nak tangkap?” soal Najib.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan komik kontroversi “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” antara lain dengan alasan ia mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

Larangan itu dikenakan ke atas ketiga-tiga edisi penerbitan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin, kata kementerian.

“Warta perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).


“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkenaan berkata, penerbitan komik itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

“Ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

“Ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh/pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara,” katanya.

Hari ini juga tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai ‘Superman’ dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda itu.

Pengedaran komik kontroversi itu di sekolah-sekolah telah didedahkan oleh Najib melalui Facebooknya yang mempunyai pengikut hampir empat juta orang.

Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button