fbpx
Nasional

Kita perlu CDCP nasional, bukan lagi ‘ad-hoc’ – Tok Mat

MALAYSIA perlu memeliki pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDCP) seperti Amerika Syarikat (AS) bagi menghadapi pandemik seperti Koronavirus (Covid-19) pada masa akan datang.

Institusi sedemikian kini mesti diutamakan dan kerajaan tidak lagi perlu bergantung kepada pendekatan secara ‘one off’ atau ‘ad-hoc’.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Malaysia kini perlu bertindak pantas terhadap ancaman yang bukan tradisional.

Beliau berkata, negara kini bukan sahaja terdedah dengan ancaman peperangan atau ‘interstate conflict’, tetapi penyakit berjangkit.

[BACA] Impak Covid-19, bina ketahanan ekonomi – Tok Mat — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Hargai petugas barisan hadapan dengan sebenarnya – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Namun, terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada sektor pertahanan dan keselamatan tradisional sehingga pelaburan dalam kesediaan menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional diabaikan.


“Kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘ad hoc’. Kesiapsiagaan kita mesti mendahului masa.

“Pusat kebangsaan serupa CDCP sudah menjadi satu keperluan nasional dan mesti diutamakan,” katanya dalam Instagram baru-baru ini.

CDCP
MALAYSIA perlu memiliki CDCP sendiri dan tidak boleh gunakan pendekatan ‘ad-hoc’ lagi untuk menghadapi pandemik seperti Covid-19 pada masa akan datang.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu, kerjasama erat diperingkat antarabangsa juga amat penting seperti dunia seantero berganding melawan pandemik Covid-19.

[BACA] Malaysia mulakan ujian ubat bagi rawatan COVID-19 — Suara Merdeka

“Menghadapi krisis masa hadapan memerlukan kerjasama erat antarabangsa. Covid-19 mengajar kita betapa ia hanya boleh dibanteras melalui kerjasama erat antarabangsa.

“Justeru kita mesti mempergiatkan keterlihatan Malaysia dalam segala segi agar kita mempunyai ‘network’ yang produktif dan boleh dimanfaatkan sewaktu krisis,” ujarnya.

Oleh demikian Mohamad turut menyeru rakyat Malaysia kembali bangkit bagi membina semula segala yang terjejas akibat pandemik penyakit itu.

“Malaysia mesti kembali yakin kepada setiap warganya dan menggelorakan keperkasaan jiwa dan raga mereka untuk menjayakan Malaysia pasca pandemik ini.

[BACA] Pekerja Malaysia di Singapura tidak boleh pulang — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19 kritikal di Amerika, lebih 2,000 maut dalam 24 jam — Suara Merdeka

“Insyallah, dengan ikhtiar dan keperkasaan semangat seluruh bangsa Malaysia, akan timbul fajar baru dan berlalulah segala gelap dan gelita,” katanya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button