Hiburan

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

Walaupun hubungan Puteri Sarah bersama pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof sudah berakhir namun masih ada pihak kurang senang terhadap aktres tersebut.

Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi yang didakwa masih berkata buruk tentang dirinya di akaun Instgram (IG) miliknya.

Puteri Sarah bakal mengenakan tindakan undang-undang terhadap bekas Kakak Ipar Ira Kazar , Wiwie Darvienda Mazweena yang merupakan agent Insurans AIA.

Dakwa Puteri Sarah lagi, wanita yang dikenali Wiwie Darvienda Mazweena merupakan penjual Insurans itu masih menjaja kisah dirinya dan Syamsul di laman Instagramya.

Tegas aktres berumur 37 tahun itu, wanita terbabit sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan untuk tarik saman semula terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan ahli keluarga yang lain.

“Pagi-pagi bangun ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak.

“Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?.

“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.

Dalam pada itu Puteri Sarah juga bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut dan akan membuat laporan kepada majikan wanita tersebut.

Menurut sumber wanita yang merupakan bekas menantu Kazar itu adalah isteri kedua.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi interparte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mertuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Artikle Berkaitan:>

Syamsul Yusof nikah dengan Ira Kaza-Puteri Sarah

Puteri Sarah bakal kembali ‘single’, Syamsul Yusof gagal jaga hati ‘bidadari tercantik’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button